Musim Cuti Sekolah

20/12/2009

Musim Cuti Sekolah – Di Zaman Anak-Anak Aki Bersekolah Rendah

Semua anak-anak Aki dalam satu masa bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Losong.

Anak pertama dalam Darjah 6, anak ke2 dalam Darjah 4, anak ke3 dalam Darjah 3 dan anak bongsu ketika itu anak ke4 dalam darjah 1.

Lencana Sekolah Kebangsaan Losong

Walaupun mereka tidak bersekolah di sekolah tempat Aki mengajar, namun, itulah sekolah yang paling hampir dengan rumah Aki. Lagipun, mereka ada Tok Ki yang bekerja di Pasar Chabang 3 yang bersebelahan dengan sekolah mereka.

Namun apabila tiba musim cuti sekolah, semua anak-anak Aki terutamanya yang lelaki, pasti hebat dengan jadual masing-masing. Al-maklum, cuti sekolah zaman dahulu lebih kepada cuti penggal. Jadinya, cuti penggal memanglah cuti yang panjang.

Jadi macam-macam cerita mampu Aki kongsikan untuk cucu cicit sekelian dan mengenali lebih dekat lagi dengan ibu bapak kepada cucu cicit sekelian.

 

Musim Berkhatan.

Ha! Musim cuti sekolah bermakna musim berkhatan. Sekarang tiba giliran anak Aki yang sulung dengan adiknya yang ke2 untuk dilangsungkan proses berkhatan tersebut.

Along dan angah memang lasak, jadinya khatan mengkhatan ni langsung tidak menakutkan mereka. Waemah, gertakan kawan-kawan yang lebih dewasa yang mengatakan proses berkhatan ini memang menakut dan menyakitkan kerana mereka akan didudukkan di atas batang pisang dan tok mudim akan datang dengan misai cabang dan muka yang bengis sambil mengasah-ngasahkan parang, kalau tidak pun mungkin kapak !

Namun, mereka buat “derk” sahaja. Mereka tahu, mereka akan berkhatan secara agak moden dengan didudukkan di atas kerusi dengan tok mudim datang menyepit kulit lebihan dan memotong kulit lebihan tersebut dan mula menjahit supaya nampak lebih ganteng!

Mereka siap dengan kain batik ala orang kampung, al maklumlah, mereka akan berkhatan secara kampung. Akan tetapi, Aki pun terfikir, kenapa sejak dari zaman Aki lagi, kalau nak berkhatan mesti pakai kain batik sarung?

Kalau tidak silap Aki, mereka telah menempah teksi beca Pak Mat Bukit Losong untuk pergi dan balik dari berkhatan.

Anak-anak Aki yang Ke3 dan Ke4 agak rungsing dan ketakutan kerana abang-abang mereka yang gagah berani terutama abang yang sulung menangis kesakitan kerana luka yang berlebihan.

Kalau menangis sejam dua tak apa, inikan sampai dua tiga hari belum reda… ngeri!

Lama kelamaan selepas seminggu dua, mereka sudah hampir sembuh dan Aki jugalah terpaksa menanggalkan barut sunat mereka dan memotong benang yang tinggal.

Selang beberapa tahun selepas itu, anak Aki yang ke4 pula berkhatan. Namun, tidaklah seteruk abang sulungnya. Buang barut dan buang benang jahitan semuanya dilakukan sendiri.

Selepas beberapa belas tahun pula, anak Aki yang ke5 pula berkhatan. Semakin hari semakin canggih cara berkhatan dan semakin hari semakin cepat sembuh dan semakin hari semakin tidak sakit bila berkhatan.

Sesudah berkhatan, mereka ini agak lebih pemalu kerana masa dulu-dulu kalau mandi di telaga, pastinya tiada basahan…

Perbezaan paling ketara anak-anak zaman sekarang dengan anak-anak zaman dahulu ialah anak-anak zaman sekarang semenjak dari kecil lagi malu mandi berbogel. Kalau dahulu, sebelum berkhatan, mereka bebas mandi berbogel tetapi di kalangan adik beradik mereka sahaja.

 

Mencari Ikan Pelaga

Dahulu, tidak jauh di belakang rumah Aki  ada sebuah bendang sawah padi yang telah lama ditinggalkan. Bila tidak diusahkan, bendang tersebut tentulah berpaya dan menakung air. Jadinya, dijadikan rezeki, banyaklah anak-anak ikan seperti ikan puyu, sepat, anak keli, anak haruan dan tidak ketinggalan lintah, belut, ular air dan ular tedung menghuni bendang tersebut.

 

Gambar Hiasan: Zaman dahulu, orang kampung akan menggunakan kerbau untuk membajak.

Padi yang ditaman akan melayut tinggi sehingga 4 kaki.

Anak-anak Aki amat gemar bermain sorok-sorok di celah batas-batas sawah,

kerana ketinggian mereka lebih rendah daripada padi yang menguning.

Lama kelamaan, sawah sudah tidak dikerjakan maka tinggallah bendang tersebut

menjadi tempat petani mengikat lembu dan kerbau.

 

Hendak dijadikan cerita, banyak terdapat ikan pelaga yang berwarna merah, biru dan hijau membiak di bendang tersebut.

Anak-anak Aki yang lelaki pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menangkap ikan pelaga; mereka memanggilnya ikan skila.

Mereka biasanya akan membawa bakul jaring yang Wan gunakan di dapur dengan plastik. Jika tidak ada plastik, pasti mereka akan mendapatkan daun keladi untuk mengisi “hasil” tangkapan mereka.

Mereka amat arif di dalam mencari ikan skila. Mereka cuma akan pastikan ada buih yang dihasilkan oleh ikan skila jantan dan disitulah mereka akan mula merauk dengan tangan ataupun dengan bakul mereka.

Kerja-kerja mencari ikan skila tidaklah menyulitkan mereka kerana bendang tersebut sudah ada batas yang menjadi pemisah di antara sawah-sawah. Mereka cuma akan melalui setiap batas dan mencari buih-buih yang dihasilkan di celah-celah rumput dan lopak-lopak air yang terhasil daripada kesan tapak kaki lembu dan kerbau.

Apa yang pasti, apabila mereka mendapat hasil yang memuaskan, mereka akan mencari botol kosong seperti botol nescafe atau botol sos tomato yang sudah dibersihkan untuk mengisi ikan-ikan pilihan mereka. Kalaulah ikan skila yang terbaik dan terkuat (kejohanan liga pelaga ikan skila), sudah pasti mereka akan mendapatkan botol atau bekas yang terbaik.

 

Gambar Hiasan: Ikan pelaga atau ikan skila kampung sedang beradu kekuatan.

“Permainan” mencari ikan pelaga ini boleh dikatakan bermusim atau dengan bahasa kampung, berpian (piang)

Apabila ikan pelaga Siam mula memasuki pasaran tempatan, maka tinggallah ikan pelaga kampung bersama dengan bendang untuk menunggu projek perumahan dan akhirnya seperti sekarang ini, belakang rumah Aki sudah tidak ada lagi bendang dan sawah padi. Semua tanah tersebut telah dipenuhi dengan sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Losong.

Pun begitu, padang bola yang terhasil daripada bentuk batas-batas sawah juga sudah tidak ada lagi. Lebih kurang puluhan tahun juga Kampung Losong tidak ada padang bola yang menjadi tempat membuang peluh anak-anak muda. Mungkin ini suatu sebab ramai anak muda kampung merantau ke luar negeri atau mungkin kerena ketiadaan pemuda kampung, aktiviti bola sepak kurang menyerlah di kampung ini.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada sekolah tersebut kerana membenarkan pemuda kampung beriadah menggunakan padang sekolah untuk meneruskan aktiviti petang hari.

 

Membuat Dan Bermain Wau

coming

Membuat Dan Bermain Bedil Buluh

coming

Bermain Dengan Kawan Sekampung

coming

Sekolah Di Duyong

16/09/2009

Sekolah Di Duyong : Sekolah Kebangsaan Duyong

Setelah sekian lama mengajar di luar daerah. Akhirnya, Aki berjaya ditempatkan di sekolah yang terletak berhampiran dari rumah Aki.

Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Duyong yang terletak di atas Pulau Duyong Besar, Kuala Terengganu. Berkemungkinan sekolah tersebut telah diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Duyong?

Namun, Aki terpaksa menggunakan perkhidmatan Bot Penambang dari Kampung Cina yang sekarang ini lokasi tersebut ialah Hotel Seri Malaysia. Pada masa itu, jambatan ke2 terpanjang di Malaysia belum dibina lagi (Jambatan merentangi Sungai Terengganu yang melalui Pulau Duyung).

Semasa Aki berulang dari rumah ke sekolah, Aki masih menggunakan Vespa hijau Aki dan kadang kala Aki menaiki Bas Losong tak pun menaiki kereta Morris Minor.

Aki macam biasa akan mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.  Salah seorang anak murid Aki yang terkenal sekarang ini bernama Wan, anak seorang pengembara Perancis yang berkahwin dengan nelayan dari Pulau Duyong tersebut. Wan sekarang ini bergerak cergas sebagai seorang pelakon iklan dan pelakon drama.

 

Adik Angkat Aki 

Jika dahulu sebelum Aki mengajar di Pulau Duyong, Aki selalu juga berehat di hentian bot penambang untuk mencari ilham dan ketenangan.

Suatu masa Aki telah bertemu dengan seorang pemuda yang menjual kain batik dari Kelantan. Namanya Mohd Nor bin Ibrahim. Beliau yang mempunyai RM17 sahaja di dalam poket mempunyai masalah untuk menyewa bilik hotel untuk meneruskan perjalanannya ke Kuantan.

Aki telah membawanya ke rumah dan perkenalan beliau telah mengeratkan talian silaturrahim sehingga sekarang ini. Beliau yang waktu itu masih bujang agak mesra dengan anak-anak Aki yang masih kecil terutama anak Aki yang ke4 yang masih merah lagi.

  

Ibu Kepada Wan Meninggal Dunia

Baru sehari dua Aki mengajar di Sekolah Duyong, Aki sekeluarga telah dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada Wan.

Allahyarhamah meninggal kerana sakit tua. Ibu kepada Wan ini sudah lama menderita kerana lumpuh separuh tubuh dari pinggang ke kaki.

 

Gambar ibu kepada Wan: Allahyarhamah Siti Fatimah Binti Buyong

Wan pada masa itu dalam keadaan yang terdesak telah menyewa sebuah beca roda tiga. Kalau orang dahulu memangilnya teksi atau beca.

Dengan kurang pengalaman menaiki bot penambang, Wan redahkan juga muara Sungai Terengganu untuk ke Pulau Duyong untuk berjumpa dengan Aki untuk memberitahu perkhabaran yang menyedihkan ini.

Al-maklum, masa Aki dahulu, perkhidmatan handphone waemah talian telefon pun sukar dicari.

Akhirnya Wan berjaya berjumpa dengan Aki di sekolah dan kami berdua terus bertolak ke Raub pada hari itu juga dengan meninggalkan anak-anak di sekolah untuk diuruskan oleh atok dan nenek mereka.

Jika Aki kenangkan kembali, kenapa kemajuan sekarang tidak dapat dialami dan dirasai oleh orang-orang tua zaman dahulu? Talian telefon, perkhidmatan pengangkutan yang deras?

Itulah untungnya cucu cicit zaman sekarang kerana semuanya berada dihujung jari. Kalau nak hantar berita, cuma petik SMS, Kalau nak bergambar cuma hantar MMS, kalau nak kirim duit cuma click CIMB Click atau mana-mana bank. Kalau nak beli tiket cuma tempah melalui internet !

 

Aki Membeli Kereta Mitsubisi

Setelah beberapa lama Aki bertugas di Sekolah Kebangsaan Duyong, Aki telah membeli sebuah kereta second-hand dari jenama Mitsubishi Colt berwarna hijau.

 

mitsubishicolt2

Gambar Hiasan : Mitsubishi Colt yang Aki beli mempunyai 4 pintu. Plat pendaftaran kereta tersebut ialah CD660 yang boleh menggerakkan Aki sekeluarga pulang ke Raub.

 

Aki Mendalami Ilmu Akhirat Yang Sudah Dalam . . .

Semasa Aki bertugas di Pulau Duyong, banyak pengalaman manis Aki kutip terutama dari segi kekeluargaan dan ilmu agama. Walaupun Aki bukanlah seorang ustaz yang mengajar Pendidikan Islam, namun Aki banyak bertindak sebagai seorang ustaz di kalangan guru-guru dan penduduk kampung di sini.

Ramai bekas anak-anak murid Tok Pulau Duyong dan Tokku Paloh datang ke rumah bermuzakarah perihal Ketuhanan dengan Aki.

Ada di antara mereka langsung Aki tidak kenali namun akhirnya mereka memperkenalkan diri mereka saudara mara yang pernah berguru dengan guru-guru yang hebat itu.

Banyak persoalan-persoalan dibangkitkan dari usul syariat ke usul tarekat dan ada dari usul tarekat ke usul makrifat dan ada dari usul makrifat ke usul hakikat.

Ada yang mengajak Aki bermuzakarah dari perkara-perkara asal kejadian manusia, alam ghaib, alam lakut, alam malakut dan alam-alam yang tidak ramai orang yang berani untuk membincangkannya.

Tidak keterlaluan jika Aki katakan di sini, ramai di antara mereka yang jauh tua usianya daripada Aki, namun mereka tetap bersalam bercium tangan dengan Aki kerana pada mereka, Aki ada kelebihan seperti yang pernah mereka ketahui dari mahaguru-mahaguru mereka yang terdahulu.

Wallahhuaklam bissawab!

 

Pulau Duyong Pulau Bersejarah

Pulau Duyong ini banyak peninggalan sejarahnya termasuk peninggalan sejarah dari keturunan kita.

 

istanatokkupalohdiduyong

Istana Tokku Paloh di Pulau Duyong yang kedudukannya tidak jauh dari Mahaguru Tokku Paloh sendiri iaitu Tuan Guru Pulau Duyong dan istana ini juga dikenali sebagai sebahagian dari Kota Pulau Duyong.

 

Semasa Aki mengajar di sini, Aki banyak mengenali saudara mara dari keturunan yang sama dengan Aki dan ada juga di antara mereka adalah sepupu sepapat nenek moyang Aki dari keturunan Tokku Paloh sendiri dan Tuan Guru Pulau Duyong.

 

kawanduyung3

Di antara kakitangan Sekolah Duyong yang selalu menziarahi Aki dan bermuzakarah perihal keagamaan.

Isteri beliau (Mak Long Zaimah) sehingga sekarang senantiasa berhubung dengan keluarga Aki walaupun suaminya ini telah meninggal dunia selepas bertugas di tempat baru sebagai kerani di Sekolah Menengah Padang Midin, tempat anak Aki ke4 melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah Aliran Sains (Kelas Terbaik Aliran Sains Seluruh Negeri Terengganu bagi Sekolah Bukan Berasrama Penuh)

 

Kapal Buatan Tangan Di Duyong

Di kesempatan itu juga Aki sempat melihat cara-cara teristimewa tukang-tukang kapal di sini membina kapal-kapal kayu secara tradisi.

buatkapalpulauduyong

Kapal buatan anak Pulau Duyong

 

Asal Nama Pulau Duyong

Betul ke nama asal pulau ini berasal dari seekor ikan duyong? Khabarnya pada masa dahulu kala, terdapat seekor ikan duyong sedang berjemur di pantai pulau ini. Kejadian tersebut telah dilihat oleh orang yang sedang bermudik tidak jauh dari situ. Dari peristiwa itulah nama pulau tersebut diberi nama.

Wahai cucu cicit Aki sekelian. Ada perkara yang berada di luar lingkungan akal kita itu sebenarnya ada dan benar.

Persoalan di sini, kenapa perlu kita bahaskan sesuatu perkara yang kita tidak pernah tahu dan tidak pernah lihat. Kenapa perkara yang kita lihat baru hendak percaya?

Kalau begitu, ramai di antara kita ini tidak percayakan wujudnya Tuhan kerana Tuhan itu tidak dinampakkan dengan mata kasar manusia?

Pun begitu, ramai di antara kita tidak percayakan alam ghaib kerana alam ghaib itu tidak dipertontonkan kepada mata kasar kita?

Segalanya wujud dengan kekuasaanNya. Bacalah dan carilah intipati ayat ke2 dalam Surah Al-Baqarah. Segalanya harus pada Tuhan Yang Maha Esa.

Kita sebagai insan, kalau tidakpun disebut manusia.. janganlah dipanggil orang kerana tahap lapisan keimanan kita berlandaskan tahap kepercayaan dan ilmu yang ditauhidkan daripadaNya untuk umat pilihan.

 

 

Pandai Melukis

15/09/2009

Pandai Melukis

Aki memang dilahirkan penuh dengan kebolehan yang istimewa.

Selain dari berkarya, menulis skrip, pertunjukan pentas, bersilat dan sebagainya. Aki mampu menghasilkan seni lukis yang tiada tolok bandingnya.

Tetapi sayangnya Aki tidak menyimpan hasil seni untuk tatapan cucu cicit Aki.

 

Anak-anak Aki Pandai Melukis

Akan tetapi kemampuan Aki ini telah dicurahkan kepada anak-anak Aki. Walaupun mereka suka melukis tetapi masa kecil mereka tidaklah pula pandai menconteng dinding rumah sebagaimana budak-budak lain.

Anak sulung Aki sebagainya suka melukis perihal pemandangan. Pernah melukis lukisan besar di dinding bangunan sekolahnya.

Anak ke2 Aki pula suka melukis perihal manusia dan juga alam sekitar. Beliau mengambil kertas Seni Lukis semasa SRP dan SPM dan mendapat A. Beliau juga telah melukis pemandangan dan logo sekolah menengahnya di bangunan-bangunan sekolah.

Anak ke3 Aki pun seperti abang-abangnya.

Anak ke4 Aki pernah mewakili sekolah semasa kecilnya dan pernah memenangi pertandingan melukis Kategori Darjah 3 seluruh Negeri Terengganu. Pelukis terbaik di sekolahnya tetapi tidak mengambil matapelajaran Seni Lukis untuk peperiksaan SRM dan SPM. Beliau lebih memberi tumpuan kepada matapelajaran aliran sains.

Anak ke5 Aki memang mengambil Kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Art And Design) di Universiti (i) Teknologi MARA. Beliau dikenali dengan nama pena “SaidiNA” ataupun “Saidi Penyu”. Lukisannya banyak dalam bentuk karya “Penyu” dan “Terengganu Sepintas Lalu”  banyak menyertai pertandingan dan pertunjukan galeri yang disertai pelukis tanah air seperti Jaafar Taib dan sebagainya.

Anak yang lain, mengikuti abang-abang mereka.

 

penyu2

Hasil seni anak Aki ke5 yang memperkenalkan dirinya Saidi Penyu yang membawa namanya ke persada Seni Lukis Tanah Air

Anak Aki ke5 ini bukan sahaja melukis di kanvas dan kertas lukisan. Beliau juga melukis batik-batik moden dengan cara lama dan cara moden seperti free-hand drawing.

Pada permulaannya, hasil kerja banyak dihadiahkan kepada UiTM, kawan-kawan dan saudara-mara. Atas nasihat abang-abangnya, ada baiknya beliau menubuhkan galeri beliau sendiri dan menjual dengan harga yang tertentu atas kebolehan yang diperturunkan dari Aki tersebut.

Di bahagian fabrik dan sutera, beliau telah mencipta satu cabang kesenian batik moden dengan kaedah yang lebih teknikal.

Banyak hasil kerja anak ke5 ini ditempah oleh Bill Keith dan beberapa pereka fesyen terkenal tanah air 8). Banyak corak fabrik moden dan sutera hasil ekspresinya telah diperagakan oleh model-model terkenal antarabangsa dan keluar di dalam majalah-majalah tempatan.

 

billkeith

Bill Keith salah seorang pereka fesyen yang menggunakan hasil kerja tangan anak Aki ke5  

 

Al-kisahnya, beliau pernah ditawarkan oleh Bill Keith untuk berpindah ke tapak projeknya di Hong Kong dan menjadi sumber kepada hasil fabrik moden dengan gaji bulanan yang tinggi.

Namun, anak Aki ini menolak tawaran tersebut.

 

 

 

 

 
.
 

Aki Bernikah Di Raub

13/09/2009

Aki Bernikah Di Raub

Setelah beberapa lama Aki berkhidmat sebagai guru di sekolah sekitar Raub dan Kuala Lipis, Pahang . Akhirnya Aki telah berkenalan dengan seorang sahabat yang juga seorang pesilat handalan dari Kampung Temau, Dong, Raub. Beliau bernama Hassan bin Ismail iaitu dua tahun lebih muda dari umur sebenar Aki. Beliau lahir dalam tahun 1944.

Hassan adalah seorang pengamal Silat Sendeng dan beliau adalah seorang yang dihormati di kampungnya. Jika diselidiki, beliau adalah dari titisan Tengku Kudin di sebelah ibunya dan dari keturunan Sultan Jawa di sebelah bapanya.

Aki senantiasa terlibat dengan khidmat masyarakat dan pertunjukan pentas seperti bersyair, bersajak, bernyanyi dan berteater. Begitu juga dengan Hassan. Jadi, persahabatan Aki dengan beliau bertambah erat.

Setelah Aki kenal rapat dengan beliau, Aki telah dijemput bertandang ke rumahnya di Hilir Temau.

 

rumahkampung

Gambar Hiasan : Rumah Hassan di Kampung Temau Dong Raub Pahang hampir sama dengan bentuk rumah di atas.

Rumah papan, atap zin, tiang kayu, rumah induk dan rumah sambungan.

Jika dalam situasi sebenar, sebelah belakang rumah ada pelbagai pokok buah-buahan, di hadapan rumah tanahnya lapang dan terdapat beberapa batang pokok rambutan merah dan kuning (rambutan Pak Ali). Di sebelah kiri adalah Sungai Dong dan di sebelah kanan adalah Sungai Temau yang jernih serta anak jeram.

 

Aki Jatuh Cinta Pandang Pertama

Al-kisah, Aki telah terpikat dengan adinda beliau, seorang anak gadis yang tercantik di persada kampungnya. Namaya Rabiah. Aki memanggilnya Biah sebagai nama manja. Cucu-cucu memanggilnya Wan.

 

pose

Wan seorang isteri Aki yang sungguh menawan

 

Wan seringkali mengikuti keluarganya ke pertunjukan kebudayaan jika ada majlis keramaian. Ayahandanya (Moyang) adalah pakar pemetik biola. Biola ayahandanya bertarikh 1721 ada dalam simpanan Aki.

 

perform3

Isteri Aki sedang mengadakan pertunjukan pentas di kampungnya sambil diiringi oleh kekandanya Hassan (kanan)

 

Setelah sekian lama berkenalan, akhirnya Aki melamarnya dan berakhir ke jinjang pelamin. Akhirnya Hassan menjadi abang ipar Aki.

 

fmly

Hassan (Aki Der) dan Wan bersama kedua orang tua sewaktu kecil. Aki Long, abang kepada Aki Der tiada di dalam ini gambar.  Ibu kepada Wan semasa tuanya sakit lumpuh dari pinggang ke kaki kerana demam berpanjangan.

 

 

Cahayamata Aki Dari Isteri Kesayangan Aki (Wan)

Di dalam tempoh mengajar di beberapa sekolah di daerah Raub dan Kuala Lipis Pahang ini, Aki telah dikurniakan dua orang cahayamata. Kedua-duanya lelaki di mana anak yang sulung lahir dalam tahun 1967 dan anak yang ke2 dalam tahun 1968 :).  Akan tetapi, Surat Beranak anak Aki yang ke2 telah hilang jadi Aki terpaksa mendaftarkan semula kelahiran di Terengganu.

 

scan10122

Anak-anak Aki yang lahir di Raub Pahang. Anak pertama (kanan) dan kedua (kiri)

 

  

 scan0044

 Wan duduk tiga dari kanan merupakan pelajar terbaik dan tercomel di sekolahnya

 

Keturunan Wan   

Sebelah Ayah Wan adalah dari keturunan Sultan Jawa Yogja manakala sebelah Ibu Wan adalah dari Keturunan Kesultanan Kedah & Rawa & Mandailing.

 

scan0063

Ismail bin Tas, bapa mertua Aki yang sudah keuzuran. Beliau meninggal di Jengka 16 di rumah Aki Long.

Bapanya Tas bersama kekandanya yang tua, Abdul Kadir merupakan Raden Jawa (Bertolak dari Kaliungu – sebuah kawasan di Bandung) yang melarikan diri dari Belanda yang ingin membunuh mereka ketika penjajahan Belanda di Tanah Jawa.

Mereka berdua telah meninggalkan seorang adinda perempuan yang kemudiannya menaiki takhta kerajaan Cakra Nengrat di sana.

Ahli keluarga dari Tanah Jawa pernah memasuki rancangan Jejak Kasih TV3 1994 untuk mencari keluarga pasangan adik-beradik istana ini bagi menyerahkan tampuk pemerintahan . . .

Sempena mengenangkan nama Tas, Abang Ngah (Sepupu Wan) iaitu Dato’ Kamaruzzaman pada masa memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Pahang telah memberi nama sebuah taman perumahan di Jalan Gambang dengan nama Taman Tas sempena nama datuknya.

Ramai di antara rakyat negeri Pahang terkeliru dengan kebijaksanaan Aki Ngah Kamaruzzaman kerana masing-masing beranggapan, Taman Tas memberi maksud Taman Tengku Ahmad Shah. Mana mungkin Tuanku Sultan sudah menjadi Sultan pada masa itu. Mungkin Taman Tengku juga, tapi Aki Ngah Kamaruzzaman tidak berkesempatan menceritakan nama sebenar Tas. Cuma menyampaikan pesan yang diterima secara hidup dari Tas dengan kata – ” Jangan lupa kita adalah dari keturunan yang bukan sembarangan, kita adalah dari keturunan Istana Jawa Yogja, Raden berdaulat ! Raden Pemerintah ! “

 Berikut ini adalah bahasa yang menjadi kegunaan Moyang / Moyut Raden Tas dan Raden Abdul Kader.

400px-Hanacaraka-jawa 

Bahasi Kromo Inggil = Bahasa Jawa Halus yang menjadi pertuturan keluarga Wan.  Anak Aki yang ke4 mampu mempelajari bahasa ini dalam masa 2 minggu.

Contoh: Nama saya ialah . . .  = Nami Kawulo inggih meniko . . .

 

nyang

Buyong bin Tengku Baduddin, atok kepada Wan sebelah ibu.  Ayahanda beliau, Tengku Baduddin adalah kembar kepada Tengku Kudin.

Namun beliau telah membuang nama Tengku di pangkalan nama.

Tengku Baduddin dan Tengku Kudin adalah adik beradik kembar darah diRaja Kesultanan Kedah (tidak ramai yang mengetahui Tengku Kudin ada saudara kembar!).

Al-kisah, Tengku Kudin senantiasa menziarahi saudara kembarnya Tengku Baduddin dan pertemuan mereka dikhabarkan yang mereka akan berpelukan kegembiraan selayaknya kemesraan adik beradik.

Beliau waktu mudanya senantiasa berniaga ke Tapah Perak di mana perginya pagi dan pulangnya petang (hebat!). Beliau dikatakan mempunyai Ilmu “Sejengkal Menjadi Sebatu”.

Beliau meninggal tatkala umurnya 109 tahun dan dimakamkan di atas bukit Kampung Temau.

Dikhabarkan juga, keturunan Wan sebelah ibu juga berasal dari Rawa dan Mandailing. Kalau diceritakan peristiwa dahulu kala, banyak pantang larang yang keluarga perlu patuhi disebabkan keturunan Diraja Mandailing. Akan tetapi semua pantang larang tersebut sudah tawar sehingga langsung sudah diikuti. Antara contoh pantang larangnya seperti bayi yang baru lahir tidak boleh memijak tanah…

 TengkuKudin2

Gambar kenangan Tengku Kudin bersama beberapa orang pembesar kanan baginda.

Tengku Kudin merupakan seorang anak Sultan Kedah bersama salah seorang isteri baginda. Tengku Kudin telah diminta oleh Kerajaan Selangor untuk menentang penderhakaan Raja Haji berkenaan isu politik semasa dan masalah bijih timah.

Tengku Kuding telah meminta bantuan ramai rakyat Negeri Pahang, terutama dari sebelah Pahang Barat untuk sama-sama menyerang Raja Haji dan menerima kejayaan yang gilang-gemilang.

Sesudah kemenangan tersebut, Tengku Kudin telah dinikahi oleh Tuanku Sultan Abdul Samad dengan anaknanda perempuannya.

Jadi keturunan sebelah Wan memanglah amat berdaulat. Waemah sebagaimana keturunan sebelah Aki pun.

Dan sesungguhnya, wahai cucu cicit Aki sekelian, ingatlah perihal keturunan ini, sesungguhnya ada pentingnya kita mengenali keturunan kita daripada kita langsung dibuang keturunan.

Disebalik hidup berketurunan, ada suatu perkara yang amat rahsia yang perlu kita jaga, bak kata pepatah, dicampak kemana pun biji kelapa tersebut, jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi gunung.

Semoga nenek moyang senantiasa mendoakan keselamatan dunia dan akhirat. Walaupun putus hubungan dunia, namun hubungan bathin tidak sekali-kali.

Namun demikian, janganlah cucu cicit Aki bermegah dengan keturusan kita, semuanya adalah dari keturunan Nabi Adam secara zahirnya dan dari Nur Muhammad secara bathinnya. Itulah yang terlebih penting kerana mengenali sesuatu biarlah dari luar dan dalam.

Satu perkara yang terlebih penting selain dari berketurunan. Iaitu Awaluddin Makrifatullah, awal-awal agama kenal Allah. Tidak sempurna agamanya tanpa mengenali Tuhannya dan tidak sempuna mengenali Tuhanya tanpa mengenali Tuannya… sebagaimana mengenali manisnya gula dan mengenali rupanya gula dan mengenali rupanya gula sebagaimana mengenali dari mana asalnya gula . . .

Dalamilah ilmu “alam” ini sepenuhnya.

  

Sekolah Di Tepoh

13/09/2009

Sekolah Di Tepoh Terengganu : Sekolah Bukit Nanas Dan Sekolah Gemuruh, Tepoh, Kuala Terengganu

Sekolah-sekolah ini letaknya kira-kira 27 KM – 35 KM dari rumah Aki.

Kalau di Bari, Aki menumpang teman sejawat tetapi setelah berpisah, Aki terpaksa menaiki bot penambang di Losong Feri dan menaiki bas ke Tepoh. Suatu perjalanan yang agak lama dan memenatkan. Kalau tidak menaiki bot penambang, Aki terpaksa menaiki bas ke bandar Kuala Terengganu dan menaiki bas ke sana dari stesyen bas yang sekarang ini menjadi stesyen teksi.

Bekas Stesyen Bas Kuala Terengganu menjadi Stesyen Teksi

Kalau diimbaskan, sebelah kanan gambar ini (suatu ketika dahulu) terdapat pelbagai gerai menjual makanan segera tradisional Terengganu seperti, keropok arab, dodol hitam, dodol hijau, keropok lekor rebus, buah-buahan tempatan, buah-buahan import dan sebagainya.

Kalau di sebelah kiri stesyen ini pula terdapat restoran dan juga tempat jualan tiket bas ekspres.

Kalau di sebelah belakang stesyen ini terdapat gerai berselerak yang menjual air tebu, air buah-buahan, keropok lekor goreng, pisang goreng dan sebagainya.

Kebiasaannya, sambil menunggu route bas nak balik ke Losong (ikut jadual setengah hingga satu jam sekali), Aki dan Wan selalu juga membeli mana-mana yang berselera untuk anak-anak di rumah.

Suasana begini sudah amat kurang didapati kerana penstrukturan bandar Kuala Terengganu. Makanya, berkuranglah penjual-penjual warung di sekitar bandar kerana dari pemerhatian Aki, warung-warung ala-Mamak dengan hidangan teh-tarik lebih menonjol terutama di sekitar stesyen bas baru. Nun jauh di pinggiran terdapat satu dua kedai yang menjual keropok lekor goreng dan air tebu.

Pesntrukturan semula stesyen bas memang memudahkan orang ramai untuk pergi dan pulang ke kampung masing-masing, waemah lebih bersih dan teratur. Namun, monopoli gerai-gerai keropok lekor goreng dan air tebu seolah-oleh dirampas oleh gerai-gerai ala-Mamak ini yang berkonsepkan teh tarik dan makanan berasaskan nasi.

Maka dari itu, ramai di antara mereka yang pernah Aki kenal (secara tidak langsung) menjadi penjual makanan segera di pasar-pasar malam dan tepi-tepi pantai Batu Burok.

Waemah, ada yang terus gulung tikar.

  

botpenambang

Gambar Hiasan: Bot Penambang yang menghubungkan Losong Feri dengan Bukit Tumbuh dan Bukit Datu untuk  Aki meneruskan perjalanan ke sekolah di Tepoh

 

Aki juga sempat menaiki feri suatu cara pengangkutan yang sudah tidak wujud lagi sekarang ini. Kemudahan Bot Penambang telah melenyapkan perkhidmatan feri ini.  Namun, sekarang ini Jambatan Kuala Terengganu pula menenggelamkan perkhidmatan Bot Penambang di Losong Feri.

 

feri

Gambar Hiasan : Perkhidmatan feri yang sudah lenyap dek zaman

 

Begitulah payahnya Aki menempuh perjalanan setiap hari untuk menjadi seorang guru.

 

Aki Membeli Skuter

Setelah sekian lama mengumpul duit, Aki berjaya membeli sebuah skuter Vespa. Dengan Vespa tersebutlah Aki berulang-alik ke sekolah.

 

vespa

Gambar Hiasan: Model Vespa yang pernah Aki miliki akan tetapi setelah Aki hantar untuk dibaiki di Losong Ebeng, macam-macam kerenah mekanik timbul sehinggalah Vespa tersebut tersadai begitu sahaja.

 

Ramai Belajar Agama Dengan Aki

Semasa berkhidmat di sekolah-sekolah tersebut, Aki berkenalan dengan ramai orang kampung dan kenalan yang juga anak murid ilmu agama ialah keluarga Wok dan Pok Kor (Abu Bakar).

Sepanjang perkenalan dengan orang kampung di sini, Aki banyak mendapat pelbagai cerita, peristiwa dan tidak kurang juga barangan pelik-pelik seperti ketam batu, orang ghaib, ular besar dan fosil-fosil lama yang dijumpai dari Bukit Jong dan kawasan sekitar.

Al-kisah, orang tua-tua pernah bercerita bahawa Bukit Jong merupakan sebuah Kapal / Tongkang Cina yang dipanggil dengan gelaran Jong oleh orang-orang lama telah disumpah oleh Sang Gelembai (Gedembai) menjadi sebuah bukit.

 

Cahayamata Keempat

Sehingga Aki berkhidmat di sekolah ini, Aki telah dikurniakan seorang lagi cahayamata;  iaitu anak ke4 seorang lelaki pada akhir tahun 1971.  Anak ke3 sebelum ini lahir pada tahun 1970. Sungguh comel dan sesungguhnya semua anak-anak Aki comel-comel belaka.

 

scan1013

Aki bersama Wan dan anak-anak bergambar untuk kenangan Hari Raya Aidil Fitri. Turut serta ialan adik sepupu Aki yang bertugas menjaga anak-anak Aki yang semuanya “pantang lepa”.

 

Kelas Tumpang

Aki telah membawa Along, Angah dan De’ untuk mengikuti kelas tumpang dengan menaiki vespa Aki. Kelas tumpang bermakna, pelajar belum cukup umur menumpang belajar di dalam darjah 1.

 

petitv

Gambar Hiasan: Aki membeli Peti Televisyen yang mengundang ramai jiran-jiran kampung berkumpul menonton siaran hitam putih di samping mendidik anak-anak tentang teknologi masa itu.

 

Akan tetapi Aki tidak membawa anak Aki yang keempat bersekolah di sekolah Aki. Anak Aki yang keempat ini agak advance pemikiran dan lasaknya jadi Aki ingin mencuba kepintaran dan kecerdasan azali beliau. Apa ketidaknya, belum bersekolah sudah khatam Al-Quran. Beliau sempat menggantikan guru mengaji untuk mengajar abang dan kakaknya.

 

Anak Aki Ke4 Ghaib

Dan sesungguhnya, sewaktu anak Aki yang berumur 3 tahun, ketika Aki membawanya ke Kampung Bukit Nanas, anak Aki ini telah diambil-lari oleh seorang lelaki tua berjubah putih yang diselimuti dengan cahaya kuning.

Anak Aki ini dipercayai telah dibawa berjalan-jalan ke alam ghaib oleh lelaki tua berjubah kuning ini untuk diperkenalkan di dunia sebelah sana.  Aki percaya walaupun tempoh masa dalam puluhan minit, mereka telah berjalan dalam suatu jangka masa yang lama di sana.

Nasib baik selang beberapa waktu, Aki berjaya mendapatkannya balik. . . Tetapi anak Aki ini berada di dalam keadaan agar terkejut dan sedikit penat.

Jadi, adalah lebih baik, anak Aki ini tidak diperkenalkan di kampung ini untuk mengelakkan kejadian berulang atau lebih teruk lagi.

 

aurakuning

Gambar Hiasan: Lelaki berjubah putih dalam cahaya kuning yang mengambil dan memimpin anak Aki ke4 ke alam lain.

 

Untuk tidak mensia-siakan kelebihan anak-anak Aki, terutama anak Aki ke4 kerana Aki tidak mengajaknya ke kelas tumpang ataupun tadika. Aki telah menempah buku-buku Bahasa Inggeris berjilid dari Singapura dan Aki telah memenuhkan kabinet buku dengan buku-buku yang mahal-mahal.

Alhamdulillah, mereka suka membelek-belek dan membaca. Sehingga sekarang, ada di antara buku-buku tersebut masih ada dalam simpanan.

Di antara buku-buku kulit tebal berjilid adalah The Science Library, The Children’s Classic dan macam-macam lagi.

Anak Aki yang ke4 ini juga mampu melihat sesuatu yang orang biasa tidak mampu lihat dan senantiasa menjadi perhatian orang ramai sama ada manusia berjasad ataupun tidak dan apa yang pasti, makhluk baik maupun jahat.

Sesunggunya, makhluk yang jahat juga akan senantiasa mencari peluang menggangu dan menguji beliau.

Seingat, ketika beliau berumur dalam 40 hari, beliau yang sentiasa tergelak akan tiba-tiba menangis jika ternampak seorang lelaki tua yang bernama Pak Hitam. Pak Hitam ini dipercayai bersahabat dengan belaan untuk menjadi gagah dan menjaga rumah beliau.

Apabila umurnya sedikit bertambah dan pandai berkata-kata, beliau senantiasa memberitahu Aki berkenaan dengan lembaga-lembaga baik ataupun jahat yang tidak kelihatan oleh mata kasar yang terpandang secara langsung olehnya. 

Di antara perkara yang teringat, beliau ada memberitahu Aki yang beliau ternampak sebujur tubuh lembaga perempuan yang serba putih dan bermuka pucat berambut pendek lepas ke bahu di belakang rumpun buluh di belakang rumah lama Aki selepas membuang air besar di tandas luar rumah.

Beliau juga ada memberitahu Aki yang beliau ternampak satu lembaga lelaki tua yang sedang bertenggek di batang kayu yang beru ditebang di hadapan rumah lama Aki yang sedang memerhatikan abang kakaknya bermain-main di halaman rumah pada waktu petang sebelum Asar.

Juga, beliau memberitahu Aki yang beliau ternampak tiga lembaga yang sedang terbang menuju ke Bukit Losong, dua di antaranya besar iaitu sepasang suami isteri dan satu di antaranya kecil iaitu anak kepada pasangan lembaga tersebut. Tidak lama kemudian, anak Aki ini memberitahu yang pasangan lembaga tersebut terbang meninggalkan anaknya di Bukit Losong dan berpatah balik ke arah Bukit Besar dari Bukit Losong.

Aki percaya kelebihan ini adalah kurniaan Allah taala kepada keluarga Aki dari titisan Rasulullah dan dari keturunan yang baik-baik dan hebat-hebat belaka.

Aki memohon dengan Tuhan yang maha esa untuk melindungi semua keluarga Aki serta keturunan Aki. AMIN. Allah Muhammad.

Namun begitu, anak Aki ke4 ini amat “buas” kata orang Terengganu. Pantang lepas, pasti berlari ke sana ke mari. Pernah berlaku satu kejadian di mana beliau telah berlari di jalanraya sehinggakan beberapa buah kenderaan terbabas mengelakkannya. 

Berkenaan pra-sekolah beliau, walaupun Aki tidak memberi pendidikan awal pra-sekolah tetapi anak bongsu Aki ini (waktu itu) telah mendapat tempat pertama di sekolahnya untuk keseluruhan Darjah 1 dan telah mendapat hadiah yang disampaikan oleh Adun Kuala Terengganu pada masa itu, iaitu Datuk Tok Teng Sai.

 

Aki Ditawarkan Anak Cina Yang Comel

Tidak lama Aki mengajar di Gemuruh dan Tepoh, nama baik Aki telah tersebar luas kerana menjadi resmi alam, kalau kita buat baik pada orang, orang pasti akan suka pada kita.

Ada satu cerita di mana Aki telah dilawati oleh seorang perempuan Cina yang agak susah. Perempuan Cina tersebut sedang memimpin seorang anak perempuan yang masih kecil. Agak-agaknya seumur dengan anak pertama dan anak ke2 Aki, 5 hingga 6 tahun.

Al-kisah, perempuan cina tersebut meminta Aki mengambil anaknya sebagai anak angkat kerana beliau amat susah dan tidak mampu memberi pelajaran yang terbaik untuk anaknya itu.

Gambar Hiasan: Anak Cina

Akan tetapi, Aki terpaksa menolak secara lebut agar kasih sayang anak tersebut tidak dipisahkan dari keluarga kandungnya. Namun begitu, ibu kanak-kanak tersebut reda dengan perpisahan tersebut dan mengizinkan jika anaknya itu diIslamkan mengikut kepercayaan keluarga yang membelanya.

Setelah panjang lebar memujuk dan bercerita perihal masa depan dan kepentingan anak Cina yang masih berada dipersimpangan itu. Akhirnya Aki telah memberi kata putus yang Aki tidak akan memutuskan kasih sayangnya. Namun, Aki tetap menganggapnya sebagai seorang anak walaupun Aki tidak membelanya, namun Aki akan memberi pengajaran sebagaimana anak-anak murid Aki yang lain.

Untuk tatapan cucu cicit Aki sekelian, kita hidup ini tidak kira bangsa atau agama, talian persahabatan itu tetap perlu dijaga dan talian kekeluargaan itu tetap perlu disanjung agar suatu masa nanti tidak akan timbul kekeliruan dan persengketaan.

 

Aki Didengki Tukang Kebun

Dalam setenang air di kali, belum tentu tidak ada olaknya. Begitulah juga dengan persekitaran di sekolah tersebut.

Tapi kalau dikira-kira dan dihitung-hitung, apa barang “?” didengki oleh si tukang kebun? Akan tetapi, tukang kebun pun orang juga, jadi hati orang manakan sama seperti rambut yang sama hitamnya.

Jadi, berhati-hatilah dengan khalayak ramai, kerana hati mereka tidakkan sama walaupun mereka itu dari bangsa dan agama yang sama.

Al-kisahnya ada seorang tukang kebun, sangat tidak berpuas hati dengan ketulusan hati Aki mengajar anak kampungnya. Maklumlah, Aki bukan ustaz agama, Aki adalah seorang guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Matematik.

Beliau khabarnya senantiasa mengeja keburukan Aki yang direka-rekanya kepada orang kampung dan di kalangan guru-guru. Entah, apa yang tidak disukainya tentang Aki?

Aki cuma biarkan sahaja, nanti pasti Allah akan laknaknya.

Dan sesungguhnya, tidak lama kemudian, Aki sewaktu berada di rumah yang dalam keadaan bersiap-siap ingin ke sekolah, telah diberi “alamat terus” yang sesuatu tidak baik telah berlaku kepada tukang kebun itu. Lantas, apa-apa yang berlaku Aki doakan agar anaknya tidak diapa-apakan.

Walhal pada masa kejadian, Aki tidak tahu pun yang tukang kebun tersebut membonceng skuter yang sama dengan anaknya … kebiasaan hari sekolah kot.. bawa anak ke sekolah naik skuter?

Sesungguhnya, tukang kebun itu telah mengalami kecelakaan jalanraya. Sewaktu beliau memboncengkan anaknya ke sekolah yang sama dengan sekolah Aki. Beliau telah terlanggar dengan seekor anjing yang melintas jalan, lantas skuter yang dinaikinya telah terbabas, terbalik dan kemalangan tersebut berlaku dengan dahsyat sekali.

Namun, dengan kuasa Tuhan, doa “terkejut” Aki tersebut telah menyelamatkan anaknya yang sedikit pun tidak tercedera, walhal dapat menolong ayahnya si tukang kebun yang tercedera parah sehinggakan skuter yang ditunggangnya rosak teruk.

Setelah Aki sampai ke sekolah, kejadian yang dialamatkan kepada Aki sewaktu di rumah tadi semamangnya benar-benar terjadi dan Alhamdulillah, anak tukang kebun tersebut yang juga anak murid Aki terselamat tanpa sebarang calit luka pun.

Setelah sekian lama, akhirnya tukang kebun tersebut telah datang berjumpa dengan Aki di rumah dan memohon maaf atas kecelakaan yang amat memalukan tersebut dan kejadian tersebut telah benar-benar menyedarkan dia.

Sesudah memohon maaf, tukang kebun tersebut memohon dengan Aki untuk belajar perihal keagamaan pula, namun Aki berdolak dalih yang Aki bukan orang yang pandai dalam perihal ketuhanan. Aki kan guru Bahasa dan Matematik! Aki memberi saranan untuk tukang kebun tersebut mencari tok guru yang lain.

Namun, dalam masa yang sama, Aki kira agak-agaknya sebeban juga Aki memberi syarahan berkenaan sikap dan perasaan hasadnya supaya perkara tersebut dibuang jauh-jauh dan memberi peluang kepadanya untuk membina dan mencari kebenaran untuk mensucikan hatinya yang zulmat tersebut.

Aki Beli Kereta Pertama

Tidak lama setelah masalah skuter Vespa tersadai di bengkel motor, Aki telah membeli sebuah kereta Morris Minor berwarna Hijau Tua dari seorang jiran yang juga bekas guru sekolah Aki. Kereta tersebut dibeli dengan harga beberapa ribu ringgit dengan plat pendaftaran M.

 

morisminor

Kereta pertama Aki merupakan Morris Minor yang membenarkan Aki membawa semua keluarga Aki berjalan-jalan bersama-sama

 

Aki Beli Sebidang Tanah Dan Menambahbaik Rumah Baru Aki

Dalam kesibukan mengajar, Aki secara rahsia telah membeli sebidang tanah di kawasan Gong Badak dari seorang lelaki tua dengan harga RM800 (harga lama). Beberapa tahun kemudian, tidak disangka-sangka ada orang ingin memajukan kawasan tersebut dan ingin membeli tanah Aki dengan harga yang tinggi. Aki telah menjual tanah tersebut dengan harga RM27,000.

Dengan duit tersebut, bolehlah Aki menampung perbelanjaan dalam penambahbaikan rumah baru Aki di hujung tanah milik Aki. Maka, tinggallah Aki bersama isteri dan anak-anak di rumah baru dua tingkat dan tinggallah ibu, ayah, Aishah (Zah) adik angkat sepupu dan Razak (Rojak) cucu ayah baru Aki di rumah asal.

Ini kerana ibu dan ayah Aki memberi pilihan kepada Aki sama ada Aki mahukan rumah (asal) atau memberikan tanah tapak rumah kepada Zah.

Namun Aki terpaksa berfikir panjang dengan memilih tanah tapak rumah yang seluah 4 lot tersebut dan menyerahkan rumah kepada Zah. Oleh yang demikian, Aki meneruskan hajat untuk membina dan mencantikkan rumah baru dua tingkat tersebut.

Setelah Aki menerima bahagian Aki dan Zah menerima bahagiannya, adakah Zah terus menganggap Aki abangnya atau terus melupakan keluarga baru Aki?

Kalau benar ikhlas dihatinya yang semenjak dalam 40 hari sudah Aki menjaganya; selayaknya beliau masih berkumpul bersama keluarga Aki sekarang ini bukannya . . .

 

 

Sekolah Di Bari

13/09/2009

Sekolah Di Bari

Setelah beberapa tahun menetap dan berkhidmat di Pahang, akhirnya Aki telah pulang ke kampung .

Pada permulaannya, Aki pulang bersendirian kerana anak-anak Aki masih kecil dan Aki tinggalkan mereka bersama keluarga isteri Aki (Wan) di samping keperluan Isteri Aki untuk menjaga orang tuanya yang tidak berapa sihat di Temau.

Sekolah Kebangsaan Bari pada asalnya terletak di dalam Daerah Besut tetapi selepas pemetaan semula, sekolah ini telah diwartakan di bawah jajahan Daerah Setiu, sebuah daerah baru dalam Negeri Terengganu.

Senarai daerah dalam Negeri Terengganu: Kuala Terengganu (termasuk Kuala Nerus), Marang, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu.

Sekolah Bari yang terletak lebih dari 50KM dari Kuala Terengganu tidak menghalang Aki berulang-alik dari rumah.

 

Aki Tumpang Kereta Guru Senior

Aki bernasib baik kerana ketika itu ada seorang guru senior sekampung dengan Aki. Namanya Cikgu Chik bin Long yang tinggal di simpang tiga Losong Haji Mat Shafiee. Aki menumpang kereta beliau dan bayar bulan-bulan sebagai imbuhan menumpangkan Aki.

Cikgu Chik kemudiaan telah berpindah ke beberapa sekolah lain sehinggalah beliau menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Losong, tempat anak-anak Aki bersekolah.

 

bari

Letak  Kampung Bari di dalam peta negeri

 

Cahayamata Ketiga Aki

Lama kelamaan, Aki membawa semua keluarga Aki ke Losong, Kuala Terengganu.

Dengan itu juga, Aki telah dikurniakan cahayamata yang baru dan sungguh comel.

 

scan1010

Anak Aki ke3 ini berposing dalam keadaan duduk

 

scan1011

Anak Aki ini belum pandai berdiri lagi, cuma boleh bergantung pada kerusi.  Beliau agak kepanasan, jadinya tak pakai baju.

 

scan1012

Gambar ini diambil pada tahun 1970 berlatar belakang rumah Aki yang lama. Aki suka kenakan anak-anak Aki dengan pakaian kemas dan moden.

 

 

 

Siapa Moyang Aki

10/09/2009

Siapa Moyang Aki

 

Tuan Syed Syeikh Abdul Mutakhir

Aki tidak banyak tahu berkenaan dengan moyang kandung Aki ini.

Namun begitu beliau adalah orang yang teramat hebat dengan ilmu agama, perdagangan dan peperangan.

Beliau ini dikhabarkan adalah seorang lebai yang senantiasa mencari masjid dan surau-surau untuk menyalurkan Ilmu Agama Islam. Ada yang menggelarkannya sebagai Tok Fakeh.

Moyang Aki ini bernasabkan Saidina Hussin Ibnu Saidina Ali cucu Rasulullah SAW.

Sesungguhnya beliau adalah seorang yang amat dihormati dan disegani sehingga Tokku Paloh pun sudi beriparkan beliau.

Moyang Aki ini telah berkahwin dengan adinda kandung Tokku Paloh yang bernama Tuan Seni (Tuan Senik) dan telah dikurniakan 8 orang cahaya mata.

Menurut sumber, beliau mempunyai saudara bernama Tuan Syed Syeikh Abdul Rasyid dan saudara sepupunya bernama Tuan Kuning.

  

Tokku Paloh Secara Ringkas (1817 – 1918)

Dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, beliau adalah nasab ke 32 daripada Rasulullah S.A.W di kalangan keluarga Al-Idrus.

Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein ra, anak Sayidatina Fatimah az-Zahrah ra binti Rasulullah hasil perkahwinan dengan Saidina Ali.

Tokku Paloh yang diterima sebagai penasihat pertama dan utama sultan dalam pelbagai hal itu mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa ulama tempatan sebelum mengikut jejak langkah ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengetahuan di Makkah.

 

Gelaran-gelaran

Nama penuh Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus. 

Saiyid Abdur Rahman Al-Idrus juga mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh.

Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu.

 

Tasawuf, Tarikat Dan Pentadbiran

 

Ulama besar itu bukan saja arif dalam ilmu tasawuf dan tereqat, malah beliau pernah menghasilkan kitab dan risalah mengenai soal kerohaniaan. Sekembalinya dari Makkah , Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga,Terengganu.

Langkah awal itu diikuti kegiatan lebih mencabar dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan penentangan penjajahan British. Selain memainkan peranan penting untuk menentang British, beliau diamanahkan Sultan Zainal Abidin mentadbir kawasan Paloh disamping mengawasi daerah Hulu Terengganu, termasuk Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang Sultan silih berganti dan beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Oleh kerana Sayyid Abdur Rahman Al-Idrus atau Tok Ku Paloh berasal daripada keturunan ‘Sayyid’ atau Syed, maka sudah menjadi satu tradisi keturunan itu lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Sayyid Muhammad Al-Idrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal Islam di negeri Terengganu.

 

Guru Dan Rakan Muzakarah

Tok Syaikh Duyong amat menyayangi Tok Ku paloh kerana anak muridnya itu amat taat, alim, warak dan mempunyai ciri-ciri ketokohan dalam bidang keagamaan dan memiliki karamah.

Selepas itu, Tok Ku Paloh melanjutkan pelajarannya di Makkah.

Di sana beliau bersahabat dengan Syaikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani yang juga merupakan anak kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu dan ramai lagi.

Antara orang yang menjadi guru mereka di Makkah ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Tok Ku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawuf dan tarekat. Dalam hal ini, beliau telah mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian.

Setelah berada di Makkah selama 10 tahun, Tok Ku Paloh pulang sebagai seorang tokoh ulama besar, seorang yang amat warak dan juga terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan tarekat Naqsyabandiyyah.

Setelah pulang dari Makkah, Tok Ku Paloh telah memulakan pengajarannya di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan sahaja dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan, malah berjihad menentang kemungkaran dan penjajahan British.

Di antara anak murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III,  Haji Abdur Rahman Limbung, Tuan Haji Muhammad Shafei Losong, Sayyid Saggaf bin Sayyid Abdul Rahman (Engku Kelana), Haji Dollah Langkawi, Haji Muhammad Syam Pahang, Sayyid Abu Bakar (Tuan Embong) dan Sayyid Akil (Tuan Pengeran Engku Seri Bijaya Sura).

 

tokkupaloh

Tokku Paloh Syed Abdul Rahman Al-Idrus adalah Moyang Aki iaitu titisan ke-32 daripada Rasulullah

 

Adik Beradik Tokku Paloh

Ayahanda Tok Ku Paloh pula adalah:

Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain al-Aidarus

Zainal Abidin Hussain bin Mustafa al-Aidarus (Tok Ku Tuan Besar Syaikh al-Ulama Paduka Indera pada zaman pemerintahan Baginda Omar).

Tok Ku Paloh merupakan anak kedua daripada perkahwinan Tok Ku Tuan Besar dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah.

Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu.

Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah

1. Sayyid Zain al-Aidrus yang digelar dengan Engku Sayyid Seri Perdana,

2. Tok Ku Paloh (Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-aidrus)

3. Sayyid Ahmad al-Aidrus digelar Tuan Ngah Seberang Baroh,

4. Sayyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tuan Dalam dan

5. Sayyid Hassan yang dikenali Tuan Senik Parit.  

Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah:

 Sayyid Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embong Solok atau Tuan Kecik,

Sayyid Abdul Kadir yang dikenali sebagai Engku Sayyid Syaikh Aishadat

dan Sayyid Hussain juga digelar Tuan Muda Wakaf.

Manakala adik beradik perempuannya pula terdiri daripada:

Tuan Nik,

Tuan Hitam,

Tuan Senik (Tuan Seni – Isteri kepada Moyang Aki, Tuan Syeikh Syed Abdul Mutahir),

Tuan Puteh,

Tuan Mariam,

Tuan Saripah

dan Tuan Wook

 

 

 

Syair Tokku Paloh

10/09/2009

Syair Tokku Paloh: Syair Yang Dikarang Sebelum Tokku Paloh Belayar Ke Mekah

Syair ini sesuai didendangkan dengan irama rodat, salah satu seni muzik klasik Terengganu yang biasanya menjadi permainan istana.

Syair ini juga sering menjadi siulan ibu-ibu semasa mendodoikan bayi tidur di dalam buaian.

 

(Pastikan sesiapa yang ingin menyalin syair ini mensedekahkan Al-Fatihah kepada Aki dan keluarganya) 

 

Fikir Itulah Pelita bagi Hati, Yang Membuat Kita Ingat Akan Mati

Ingat-Ingat Serta Fikir Sehari Hari, Dalam Kubur Kita Duduk Seorang Diri

 

Jika Hidup Kita Dapat Harta Jenuh, Itu Akhir Tinggal Masuk Ke Dalam Tanah

Ghalib Ikut Ke Nafasu Dengan Hawa, Dari Masa Tubuh Muda Sampai Tua

 

Dari Petang Nanti Pula Akan Pagi, Lama-lama Hingga Sampai Tanggal Gigi

Rumah Besar Kampung Luas Ada Dia, Itu Akhir Tinggal Juga Akan Dia

 

Dengar-dengarlah Olehmu Sekelian Adik Kakak, Sementara Tubuh Muda Belum Bongkok

Hai Segala Anak Aku Sungguh-sungguh Sekelian, Jangan Tinggalkan Sembahyang

 

Maka Barang Siapa Baik Fikirnya, Dunia Ini Tinggal Juga Akhirnya

Demikian Lagi Zakat Dan Puasa, Itu Buatlah Olehmu Senantiasa

 

Dengan Susah Yang Sedikit Kamu Dapat, Akan Senang Lama Kamu Di Akhirat

 

 

Tokku Paloh Dan Mat Kilau

10/09/2009

Tokku Paloh Dan Mat Kilau

Tok Ku Paloh ialah seorang ulama yang mempunyai darah kepahlawanan yang tulen dan beliau tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.

Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang.

Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.

 

Mat Kilau Menguji Kepandaian Silat Tokku Paloh

8) Seperti apa yang dimaklumkan kepada Aki oleh salah seorang anak murid Tokku Paloh yang masih hidup sehingga tahun awal 90-an (Pok Leh) semasa beliau bertandang ke rumah Aki. Pahlawan Mat Kilau yang pernah berlindung di rumah Tokku Paloh pernah bermuzakarah perihal keagamaan dan persilatan.

Mat Kilau ingin mencuba kehebatan persilatan Tokku Paloh dan kedua-duanya bersetuju sambil berdiri memegang sebilah keris.

Apa bila saat memulakan langkah, tiba-tiba  Tokku Paloh ghaib dari pandangan mata Mat Kilau dan secara tiba-tiba juga Tokku Paloh mengunci Mat Kilau dari belakang dan meletakkan kerisnya ke leher Mat Kilau dan sepantas itu juga permainan mereka tamat.

 

matkilau

 Mat Kilau pernah beradu kepandaian silat Tokku Paloh.

 

 

Pasukan Budak Raja

10/09/2009

Pasukan Budak Raja

Pasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan seperti tugas yang dipikul oleh pasukan polis hari ini. Untuk memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempat

Cacatan sejarah menyatakan Tokku gemar keluar pada malam hari, malah pada hari tertentu beliau keluar dengan berselubung kain di kepala.

Tindakannya itu untuk memudahkan beliau meninjau kehidupan masyarakat ddan sekiranya ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada keesokan hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab Tokku Paloh terhadap keselamatan anak buah seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ra.

Selain gemar keluar pada waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan persoalan besar serta mengadili penjahat di kawasa pentadbirannya.

 

masjidpaloh

Masjid Paloh yang asal.

Masjid ini terselamat daripada dirobohkan atas usaha untuk mendirikan Muzium Losong Terengganu.

Namun sebuah masjid baru telah didirikan tidak jauh dari masjid lama ini. Akhirnya, tinggallah masjid yang asal ini menjadi sebuah surau yang kesepian (downgraded).